AKTIVITI KE DUA : PULAU TIOMAN :)
HAI semua hehehe selamat datang ke blog nisya okay harini nisya nak cerita tentang aktiviti hari ke 2 semasa berada di sana. Pada hari ke dua kami semua menjalankan aktivti snorkeling di beberapa pulau . Antara pulau yang kami lawati ialah Pulau Rengis dan Pulau Tomok. Saya dan kawan rasa teruja sangat apabila melihat permandagan di dasar laut.Selain itu kami juga membuat tinjuan di Kampung Tekek berdasarkan tahap kepuasan pelancong di Pulau Tioman. selepas itu kami membeli sedikit buah tangan di sana untuk di bawa pulang. Pada sebelah petang kami sepatutnya berjalan di sepajang kampung bersama pemadu palancong kami tetapi disebabkan pada petang itu cuaca agak mendung kami diminta untuk berehat sahaja di bilik masing. dan pada pukul 5 petang kami diminta untuk turun minum petang dan diberi masa lapang untuk membuat apa-apa aktiviti. Saya dan rakan megambil keputusan untuk meniki basikal memandangkan kami sudah puas bermain air. Kami berlima menyewa basikal dengan harga RM7 untuk satu jam. Kami membuat keputusan untuk bersiar- siar di sekitar Kampung Genting.
Ulasan
Catat Ulasan